Thursday, February 18, 2016

ANTARA TANDA-TANDA PASANGAN ANDA TELAH MENJADI MANGSA KETAGIHAN BAHAN LUCAH / PORNOGRAFI

Pornografi pemusnah rumahtangga
Sumber: Google

Assalamualaikum w.b.t,
Harini kami Ani-Ara ingin berkongsi satu punca besar yang SEBENAR kepada sebahagian besar masalah rumahtangga tidak kira di negeri mana dan di Negara mana anda tinggal.

Pada mulanya kami ingin menyentuh masalah ini pada waktu yang lebih lewat kerana ingin mengupas masalah ini dengan lebih mendalam.

Namun sehingga kini, kebanyakan masalah rumahtangga pengadu adalah berkisar kepada masalah ini.

Dan kami rasa terpanggil untuk memulakan perbincangan dengan lebih cepat.

Kebanyakan pakar motivasi sering menitikberatkan ‘komunikasi’ sebagai masalah utama rumahtangga bergolak.

Ya, kami tidak nafikan perkara tersebut, namun setelah penyelidikan secara lebih terperinci, kami dapati, 


Masalah yang lebih besar dan lebih mengeruhkan keadaan rumahtangga dewasa ini, yang lebih bahaya dan lebih memusnahkan, adalah ‘KETAGIHAN BAHAN LUCAH’ atau lebih dikenali sebagai 'PORN / PORNOGRAFI'.


Ini adalah musuh dalam diam.

Yang menonton akan menonton dengan diam, mereka biasanya tidak menyuarakan kesalahan mereka itu kepada sesiapa,

Mereka membeli bahan lucah/pornografi juga dengan diam,

Pasangan yang tahu pasangan mereka menonton juga akan diam, kerana ianya juga menjadi aib mereka,

Perunding-perunding juga biasanya akan diam kerana takut dengan kesan perbincangan masalah ini,

Jika mereka ingin tolong pasangan sekalipun, mereka sukar untuk tahu sekiranya kedua-dua belah pihak sendiri tidak mengaku bahawa masalah ini wujud dalam rumahtangga mereka.


Begini,

Pernah anda mendengar masalah rakan atau saudara mara anda mengadu yang suaminya seakan tidak lagi bernafsu kepadanya sedangkan anda lihat dirinya masih cantik dan muda?

Pernah dengar seorang isteri dipersalahkan apabila suami tidak lagi bernafsu kepadanya? Selalu bukan?
Pernah anda dengar suami seakan bernafsu tetapi tidak bertenaga bila bersama?

Pernah dengar suami masih lagi menduakan isteri walau pelbagai usaha isteri lakukan untuk menambat hati suami?

Pernah dengar suami menduakan isteri pada minggu pertama atau bulan pertama selepas perkahwinan?

Pernah dengar kisah suami tidak bertenaga di bilik tidur walaupun suami masih muda dan sihat?

Pernah dengar suami menampar menumbuk menendang isteri tanpa perasaan belas kasihan?

Pernah dengar masalah apabila suami tidak tahu tanggungjawabnya sebagai suami walau perkahwinannya dulu adalah atas dasar cinta, suka sama suka dan suami mampu?

Pernah dengar si suami lebih suka menyendiri di bilik seorangan atau lebih suka keluar bersama rakan-rakannya daripada meluangkan masa bersama anak dan isteri?

Pernah anda dengar suami-suami menduakan isteri degan ramai teman wanita yang kebanyakan mereka adalah lebih muda?

Atau suami anda sendiri menjadi semakin pelupa, menjadi semakin lemah fizikal, menjadi semakin tidak berperasaan belas kasihan?

Atau jika anda seorang suami, pernahkah anda dengar masalah rakan anda, atau anda sendiri seperti di atas?

Perasaan sayang anda kepada isteri anda yang anda cintai semakin lama semakin hilang?

Nafsu anda  kepada isteri juga semakin hilang?

Perasaan belas kasihan kepada isteri juga hilang?

Anda juga tidak dapat memberikan nafkah batin kepada isteri anda dengan sempurna?


KESEMUA TANDA-TANDA DI ATAS MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA KETAGIHAN SUAMI KEPADA BAHAN LUCAH/PORNOGRAFI.


*bukan semua gejala di atas berpunca daripada ketagihan bahan lucah/pornografi, tetapi ianya boleh menjadi salah satu kemungkinan yang perlu diambil berat.

Masalah masyarakat kita adalah, perkara ini selalunya tidak dibincangkan dengan lebih terperinci.

Yang pertama ditanya biasanya adalah, samada isteri bercantik-cantik untuk suami? Adakah isteri masak untuk suami? Adakah isteri menjaga pakaian suami? Adakah isteri memanjakan suami?

Yang kedua, biasanya ditanya tentang komunikasi. Adakah puan ada berbincang dengan suami? Adakah encik ada bawa berbincang dengan isteri?

Jika jawapan positif tetapi rumahtangga masih bergolak, akan dititikberatkan lagi tentang komunikasi.

Namun, amat sedikit menitikberatkan masalah pornography ini sedangkan ianya adalah punca majoriti masalah suami isteri pada zaman ini.

Masalah ini telah lama menjadi punca perceraian di Negara Barat dan sekarang, Negara kita yang tercinta ini juga semakin mendapat bahangnya kesan daripada ‘INTERNET TANPA SEMPADAN’ DAN ‘SMART PHONE’ yang semakin lama semakin menjadi salah satu keperluan gaya hidup masyarakat kita.

Bahan lucah/pornografi memusnahkan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai murni dalam jiwa penontonnya.


Masakan seorang manusia boleh melihat isterinya dengan pandangan kasih sayang jika dia juga melihat keganasan kepada kaum isterinya hanya untuk perasaan seronok?

Masakan seorang lelaki boleh menghormati dan melindungi isterinya jika dia sering melihat kaum isterinya dilayan seperti haiwan hanya untuk berseronok?

Malah, dalam kebanyakan masa, pornografi telah menjadi sebahagian dari hidup harian lelaki, ianya dianggap biasa sesama lelaki untuk mereka tahu masing-masing menonton bahan lucah/pornografi. Dalam sebahagian komuniti, mereka bahkan saling berkongsi bahan lucah antara mereka. 

Apakah mereka ini boleh mendidik seorang anak perempuannya nanti? 

Adakah rakan-rakan yang saling berkongsi keseronokan melihat kezaliman dan tidak peri kemanusiaan terhadap seorang anak perempuan kepada seorang lelaki dapat memberikan nasihat yang baik untuk rumahtangga anda?


Baik dan buruk tidak akan selamanya boleh bersatu di dalam satu bekas.


Jadi, bagaimana ketagihan bahan lucah merbahaya kepada rumahtangga?

Jika suami anda atau diri anda sendiri menghadapi masalah ini, apa yang anda perlu lakukan?

No comments:

Post a Comment