Semai Cinta dan kasih sayang selalu Sumber gambar: Google |
Bila kali terakhir anda suarakan kepada seseorang bahawa
anda nakkan sesuatu?
'Mahukan' sesuatu?
Hampir semua manusia akan buka cerita berkenaan apa yang
mereka mahukan daripada seseorang. dalam kata lain, apa yang mereka sepatutnya
dapat daripada seseorang.
Contohnya, seorang isteri boleh bercakap berterusan selama
beberapa jam tentang apa yang suaminya tak buat dan tak berikan pada dia. Suami
pula boleh berikan seribu satu alasan kenapa perkara itu berlaku yang mana akan
berbalik kepada apa yang sang isteri tidak beri padanya.
Hak dan tanggungjawab. sering diperbahaskan. di mana-mana
ceramah dan kaunseling, takkan lari dari menggariskan hak dan tanggungjawab
semua pihak. kompromis atau tolak ansur pula seringkali juga dibangkitkan.
Tetapi, adakah semua itu memberi kesan?
Adakah hidup berpasangan, hidup bersahabat, hidup
berkeluarga hanya belandaskan hak dan tanggungjawab sahaja?
Adakah ia dapat melahirkan tolak ansur?
Jika soalan ini ditanya kepada saya beberapa tahun lepas,
sudah pasti saya akan memberikan jawapan yang sangat tegas. Ya, hak dan
tanggungjawab adalah yang sangat penting untuk diberikan penekanan. Tolak ansur
adalah yang kedua terpenting.
Seorang isteri, tidak kira baik atau buruk
suaminya, perlu sentiasa berbuat baik terhadap suaminya.
Perlu lakukan
semua yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yang baik. perlu menjadi
seorang pendengar yang bagus, perlu menjadi seorang penghibur yang baik, perlu
menjadi seorang penasihat yang baik, perlu sentiasa senyum kepada suaminya,
perlu sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada suaminya, tak kira
apapun yang berlaku di dalam perkahwinan tersebut.
Ini kerana tak kira apapun
keadaannya, hak seorang suami hendaklah sentiasa dipenuhi, begitu juga
keadaannya dengan hak dan tanggungjawab seorang isteri.
Tetapi, adakah itu menjamin hidup yang harmoni? yang
bahagia? bagaimana dengan perbezaan personaliti? perbezaan umur? perbezaan
latar belakang? perbezaan jantina? tidakkah itu penting untuk diambil kira?
Biar saya kongsikan pandangan saya yang pada hari ini setelah melihat bermacam-macam ragam masalah perkahwinan.
Hak dan Tanggungjawab akan dengan mudah ditunaikan, mudah dipenuhi dengan adanya perasaan CINTA dan SAYANG yang tebal.
Ya, Hak dan Tanggungawab
adalah penting, tetapi bukanlah yang utama. Yang paling utama dalam mendapatkan
perhubungan yang bahagia adalah: KASIH SAYANG.
Mahukan hidup dikasihi? belajar sayangi orang lain. Nak
diri anda penuhi semua tanggungjawab anda terhadap pasangan? bertungkus
lumuslah buat diri anda sayangi pasangan anda. Begitu juga hak anda, mahukan
hak anda dipenuhi dengan secukupnya? buatlah pasangan anda sayangi anda dari
hati. mudah.
Ini kerana apabila anda menyayangi pasangan anda dari hati,
anda tidak perlu diingatkan tentang kewajipan memberi nafkah isteri sebelum
anda memberi isteri anda pakaian, makanan dan tempat tinggal.
Anda tidak perlu
diingatkan tentang hak suami anda sebelum anda berhias diri dan menyediakan
minuman dan menjaga kehormatan diri anda untuk suami anda kerana fitrah telah
pun menetapkan semua itu dalam hati jiwa yang saling berkasihan.
Sifir ni memang mudah. Namun, dengan mengetahui sifir ini,
apa yang kita boleh buat?
Apa langkah seterusnya?
Bagaimana nak menanamkan Sayang kita terhadap pasangan kita?
Adakah cukup dengan bukti tali perkahwinan yang diikat?
Anda semua dijemput ke halaman seterusnya, Kuasa Memberi.
Sebelum itu, saya menjemput anda untuk baca terlebih dahulu
perkongsian saya tentang Konsep cinta yang telah dikaburkan dengan dongengan
dan mitos untuk kita sama-sama sedar dan kembali ke dalam dunia cinta yang
realiti terlebih dahulu sebelum sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu
menyemai perasaan cinta sesama suami isteri.
Boleh juga baca perkongsian saya tentang jika sudah dicanang
cinta, mengapa masih ada yang tidak bertanggungjawab?, untuk lebih perkongsian.
Assalamu'alaikum wbt.
No comments:
Post a Comment