Tuesday, February 2, 2016

BAGAIMANA KRISIS EKONOMI MEMBAHAYAKAN RUMAHTANGGA ANDA?



Adakah bahaya Krisis Ekonomi hanya ada pada periuk nasi anda?
Sumber gambar: Google

Assalamualaikum, saya Najwa, 

        Hari ini saya adalah pemilik bersama WUC Global, sebuah syarikat perundingan dan motivasi keluarga yang telah membantu ramai pasangan berkahwin mahupun individu untuk kembali menguasai hidup mereka, perkahwinan mereka dan hidup anak-anak mereka.

        Tetapi suatu masa dahulu, saya adalah seorang Peguam Syarie yang beramal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah melihat banyak perceraian berlaku dengan berlumba-lumba saban hari di mahkamah.

Pastinya anda tertanya-tanya apakah bahayanya Krisis Ekonomi kepada Rumah Tangga anda?

        Jika anda masih tidak tahu tentang bahayanya, itu adalah berita baik untuk anda kerana itu bermakna rumah tangga anda masih dalam keadaan selamat dan kewangan anda masih stabil.
     
        Tetapi jika anda dapat merasakan bahangnya tajuk di atas, kemungkinan besar anda sedang bergelut dalam krisis rumah tangga. Artikel ini bakal memberikan sedikit pencerahan tentang punca penyebabnya.
     
        Sepanjang saya beramal sebagai Peguam Syarie dan mengikut pengalaman saya memberi kaunseling keluarga selama lebih 3 tahun, saya jangkakan kadar penceraian akan melonjak dengan mendadak semasa krisis ekonomi ini.

Anda nak tahu kenapa? 

PERTEMBUNGAN DUA BAHASA


              Begini.

        Bayangkan, apabila ekonomi negara merudum, ringgit semakin susut nilai, banyak subsidi dihapuskan oleh kerajaan, kuasa beli isi rumah menjunam teruk, banyak syarikat- syarikat korporat membuang pekerja untuk meminimumkan kos, namun sebaliknya gaji anda pula tidak naik-naik, barang dan perkhidmatan semakin mahal, belanja persekolahan anak-anak, makanan, keperluan harian semua semakin meningkat. Keadaan ekonomi anda semakin sempit. Apabila keadaan kewangan anda semakin sempit, Cara Hidup anda sekarang sudah Tidak Relevan lagi untuk diteruskan. Kemudian apa berlaku?
     
        Anda perlu rangka satu Cara Hidup baru bersesuaian dengan krisis ekonomi sekarang yang semakin merosot. Oleh itu, anda harus berbincang dengan pasangan anda.
         
          Apa yang berlaku bila kaum Adam yang tertekan cuba ber"mesyuarat" dengan kaum Hawa yang sedang panik? . Ia jadi ibarat itik yg sesak dikepung cuba berbincang dengan ayam yang sedang panik dikejar. Pengguin dengan singa laut. Lepas tu apa jadi? jadilah satu pertandingan okestra peringkat antarabangsa, ber sedia untuk berperang. kesannya? terletuslah World War 3. Tanpa mana-mana pihak maksudkan.

Apa berlaku jika ayam dan itik ingin berkomunikasi di bawah tekanan?
Sumber gambar; Google

             Keadaan ekonomi yang dah tersedia sesak pula tidak langsung membantu kadar penyejukkan panas hati masing-masing menjadikan peperangan melarat lama.


PERMANSUHAN PERUNTUKAN UNTUK PERCUTIAN KELUARGA


      bayangkan lagi, bila anda perlu 'cut cost' untuk survive, apa benda pertama anda akan mansuhkan? Peruntukkan Percutian.
ini sangat bahaya.

        Kenapa?

        Kerana percutian adalah satu alat kekeluargaan penting yang anda tak mampu untuk hilang.
ianya sangat-sangat penting kepada keharmonian rumahtangga dan keluarga anda.

        Ia kami panggil sebagai ejen penjana kasih sayang.

Penjana Kasih Sayang Keluarga Anda
Sumber gambar: Google

      Tugas penjana kuasa ini adalah untuk menjana kasih sayang antara anda dan isteri, anda dan suami dan anda dan anak-anak anda.
     
        Ingat, tanpa kasih sayang, susah untuk anda menjalankan tanggungjawab anda kepada pasangan dan anak-anak dengan sempurna walaupun anda mampu. tanpa kasih sayang, rumah bagai istana terasa bagai neraka, tanpanya, tidak akan wujud toleransi antara anda dan pasangan.
     
     Anak-anak yang belum faham beban ekonomi pula mula merungut dan memberontak kerana percutian yang ditunggu-tunggu dibatalkan dengan tiba-tiba, sekaligus meledakkan lagi ketegangan anda dan pasangan.

        Jadi adakah anda mampu kehilangan penjana penting ini?


KERJA TAMBAHAN YANG TIDAK TERKAWAL


       Akhir sekali, bayangkan, bila kewangan anda semakin sempit, kos keperluan semakin meningkat, apakah perkara pertama anda fikirkan untuk menyelesaikan masalah tu?
Ramai akan jawab, kerja sambilan. tak kiralah kerja apa anda pilih. jadi jaga, basuh pinggan, potong rumput, atau berniaga.
     
        Itu bagus. itu juga yang disarankan oleh pakar motivasi kejayaan no. 1 asia, Dr. Hj Azizan Osman.
namun bahayanya mula datang bila anda tidak tahu membahagikan masa dengan bijak. anda menjadi terlalu sibuk bekerja hingga anda menjadi terlalu 'unavailable' kepada pasangan dan anak-anak anda.

Di mana bahayanya?


     
        Semakin kurang masa anda luangkan bersama orang tersayang, semakin kuranglah ruang untuk anda tunjukkan kasih sayang anda. semakin jauhlah ingatan mereka tentang sayang anda kepada mereka. nasihat saya, jangan biarkan ini terjadi, sebab, tanpa anda sedar, ingatan mereka tentang kasih sayang anda akan semakin pudar, semakin hilang, semakin jauh untuk diingatkan kembali. ini bahaya.

Jadi apa yang anda boleh buat untuk elakkan semua itu berlaku?



No comments:

Post a Comment