11.03.2016
" Banci Penduduk Dan Perumahan Negara 2010, mencatatkan sebanyak 80,000 perkahwinan membabitkan gadis berusia antara 15 hingga 19 tahun dan 70,000 lelaki berkahwin."
Sumber: LPPKN
07/04/2016
REMAJA BERKAHWIN MUDA BERDEPAN RISIKO KEGAGALAN RUMAH TANGGA.
" Peranan ibubapa sangat penting dalam menentukan arah tuju sesebuah perkahwinan yang melibatkan pasangan bawah umur."- Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.
Sumber: LPPKN
*********************
APAKAH PANDANGAN / PENGALAMAN ANDA TENTANG ISU KAHWIN MUDA?
Adakah terdapat di kalangan anda semua yg berkahwin sewaktu usia masih muda?
Apakah masalah utama yg anda hadapi dlm rumahtangga?
Adakah anda mendapat bimbingan serta nasihat dari keluarga?
Pada pendapat kami, masalah utama pasangan yg kahwin muda ialah KEMATANGAN.
Apabila berkahwin di usia remaja, perangai kebudak-budakan masih dibawa ke alam rumahtangga.
Apabila kurang matang, pasangan biasanye akan kurang faham apa itu tanggungjawab.
Apakah tanggungjawab sbg seorg suami?
Apakah tanggungjawab sbg seorg isteri?
Apakah tanggungjawab ibu bapa kpd anaknya?
Seorang remaja lelaki kurang mendalami tanggungjawabnya sbg suami untuk menjadi ketua keluarga iaitu mendidik isteri dan anaknya serta memberi nafkah zahir batin.
Manakala seorang gadis, terpaksa belajar menguruskan rumahtangga, memasak, mengemas rumah serta tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami.
Kesemua tanggungjawab ini amatlah sukar untuk dilakukan oleh pasangan muda kerana mereka telah biasa diurus oleh ibu bapa mereka, masakan pula mereka boleh menguruskan orang lain. Apatah lagi apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata.
Masalah-masalah di atas akan menimbulkan rasa tidak puas hati serta konflik di antara suami isteri muda ini.
Tetapi usah risau, konflik ini dapat diatasi dengan kemahuan pasangan muda ini untuk belajar serta menerima hakikat bahawa perangai kebudak-budakan tidak boleh di bawa ke alam perkahwinan. Hadiri kursus seminar rumahtangga serta dapatkan nasihat dari ahli keluarga.
Ini tidak bermaksud berkahwin di usia muda adalah tidak digalakkan. Bahkan Islam menyarankan umatnya untuk menyegerakan perkahwinan untuk mengelakkan maksiat. Namun pelajarilah ilmu rumahtangga untuk mendapatkan kebahagiaan dunia akhirat.
Semoga bermanfaat.
Friday, April 22, 2016
Thursday, April 21, 2016
HERO DRAMA MELAYU
Anda ingat lgi cerita yg viral tentang pengantin perempuan marah2 sbb duit hantaran tak cukup tu? Pastu pengantin lelaki terus ceraikn die lepas akad nikah dan kononnya dianggap 'HERO'?
***********
Siapa hero drama Melayu?
Kebanyakannya adalah,
Yang ganas.
Yang garang.
Yang terlanjur.
Yang bersekedudukan dengan bukan muhrim.
Yang melawan cakap mak ayah demi 'cinta wanita'.
Yang mengaibkan wanita.
Yang curang.
Janji hensome.
Apa kaitan dengan cerita di bawah?
Lelaki dalam cerita yang diviralkan ni, dianggap hero.
Tak tahu bagaimana.
Mungkin sebab, dia menceraikan isterinya dikhalayak ramai?
Mungkin kerana dia mengaibkan keluarga isteri dikhalayak ramai?
Mungkin kerana dia mempermainkan mas kahwin yang merupakan perjanjian, penghormatan pertama kepada isteri dalam pernikahan?
Mungkin kerana dia mempermain-mainkan sebuah janji?
Mungkin kerana dia memperjudikan maruah isterinya dan keluarga isterinya?
Mungkin kerana dia memperjudikan kepercayaan isterinya pada saat awal perhubungan perkahwinan?
Persoalannya, adakah wanita itu perlu sedih kerana diceraikan tak sampai setengah jam dari pernikahan?
Atau dia perlu bersyukur kerana diselamatkan daripada terus-terusan menjadi isteri kepada lelaki tersebut?
Kerana jika dia tidak dapat menjaga aib isteri, tak dapat jaga maruah keluarga isteri terutama ibu bapa isteri yang menyerahkan anak kandungya yg ditatang bagai minyak yg penuh semenjak dri kecil lagi pada dia, dia tidak menghormati janji dengan sengaja, dia tidak menghormati kepercayaan isteri dari saat pertama perkahwinan,
.
.
.
Bagaimana lelaki itu yang akan jadi pelindungnya kemudian nanti?
Bagaimana lelaki itu boleh menghormati ibu ayah isteri selepas perkahwinan?
Bagaimana lelaki itu akan meletakkan isteri dalam tempat yang sepatutnya dalam membuat keputusan berkenaan keluarga nanti?
Akankah ada mesyuarah diantara lelaki itu dan isteri selepas itu?
Ataukah bermacam-macam test lagi akan menanti si isteri?
Dan kemudian dimalukan dikhalayak ramai?????
Di mana maruah lelaki yang mengagungkan akal mereka yang melebihi emosi mereka?
Ataukah lelaki itu terkecuali daripada nisbah tersebut?
Mungkin lelaki itu emosinya sama dengan wanita sahaja?
Tidak hormatkah Nabi Muhammad s.a.w. terhadap wanita?
Di mana wanita dalam pandangan lelaki sekarang???
Jika lelaki yang jumlahnya sedikit dari wanita, tetapi di dalam penjara penuh kaum itu, di bawah jambatan dengan dadah dipenuhi kaum itu, di dalam hospital dengan masalah rokok dan hiv dan aids dipenuhi kaum itu, di kalangan samseng perosak negara dan perosak agama dipenuhi kaum itu, malah, dikalangan gelandangan juga dipenuhi kaum itu, malah, yang memakan anak sendiri, cucu sendiri, adik sendiri, jual isteri sendiri, tonton video keganasan kepada wanita,
.
.
.
Bolehkah kaum wanita mengambil tangkap rata yang semua atau kebanyakan kaum lelaki keseluruhannya tidak perlu dan tidak layak dihormati?
Mahukah kaum lelaki yang kononnya lebih tinggi darjatnya dari kaum wanita yang 'banyak serah diri cara free dalam wechat' itu dianggap sama dengan semua lelaki yang bersorak dengan merogol wanita beramai?? Bersorak merakam adegan rogol wanita tak berdosa? Melanggan dan berkongsi wanita yang tidak tutup aurat?
Tinggi sangatkah darjat kaum lelaki untuk menghormati kaum wanita?
Bolehkah kaum lelaki hidup tanpa kaum wanita yang dianggap hina itu?
Tak anggap kaum wanita hina?
Cuba rakam dan baca balik cara kamu melayan wanita, cara kamu bercakap dengan kaum wanita.
Jika wanita tak layak dihormati, maka ibumu juga tidak layak dihormati.
Wallahua'lam...
#BahayaCorakPemikiranKebanyakanLelaki
***********
Siapa hero drama Melayu?
Kebanyakannya adalah,
Yang ganas.
Yang garang.
Yang terlanjur.
Yang bersekedudukan dengan bukan muhrim.
Yang melawan cakap mak ayah demi 'cinta wanita'.
Yang mengaibkan wanita.
Yang curang.
Janji hensome.
Apa kaitan dengan cerita di bawah?
Lelaki dalam cerita yang diviralkan ni, dianggap hero.
Tak tahu bagaimana.
Mungkin sebab, dia menceraikan isterinya dikhalayak ramai?
Mungkin kerana dia mengaibkan keluarga isteri dikhalayak ramai?
Mungkin kerana dia mempermainkan mas kahwin yang merupakan perjanjian, penghormatan pertama kepada isteri dalam pernikahan?
Mungkin kerana dia mempermain-mainkan sebuah janji?
Mungkin kerana dia memperjudikan maruah isterinya dan keluarga isterinya?
Mungkin kerana dia memperjudikan kepercayaan isterinya pada saat awal perhubungan perkahwinan?
Persoalannya, adakah wanita itu perlu sedih kerana diceraikan tak sampai setengah jam dari pernikahan?
Atau dia perlu bersyukur kerana diselamatkan daripada terus-terusan menjadi isteri kepada lelaki tersebut?
Kerana jika dia tidak dapat menjaga aib isteri, tak dapat jaga maruah keluarga isteri terutama ibu bapa isteri yang menyerahkan anak kandungya yg ditatang bagai minyak yg penuh semenjak dri kecil lagi pada dia, dia tidak menghormati janji dengan sengaja, dia tidak menghormati kepercayaan isteri dari saat pertama perkahwinan,
.
.
.
Bagaimana lelaki itu yang akan jadi pelindungnya kemudian nanti?
Bagaimana lelaki itu boleh menghormati ibu ayah isteri selepas perkahwinan?
Bagaimana lelaki itu akan meletakkan isteri dalam tempat yang sepatutnya dalam membuat keputusan berkenaan keluarga nanti?
Akankah ada mesyuarah diantara lelaki itu dan isteri selepas itu?
Ataukah bermacam-macam test lagi akan menanti si isteri?
Dan kemudian dimalukan dikhalayak ramai?????
Di mana maruah lelaki yang mengagungkan akal mereka yang melebihi emosi mereka?
Ataukah lelaki itu terkecuali daripada nisbah tersebut?
Mungkin lelaki itu emosinya sama dengan wanita sahaja?
Tidak hormatkah Nabi Muhammad s.a.w. terhadap wanita?
Di mana wanita dalam pandangan lelaki sekarang???
Jika lelaki yang jumlahnya sedikit dari wanita, tetapi di dalam penjara penuh kaum itu, di bawah jambatan dengan dadah dipenuhi kaum itu, di dalam hospital dengan masalah rokok dan hiv dan aids dipenuhi kaum itu, di kalangan samseng perosak negara dan perosak agama dipenuhi kaum itu, malah, dikalangan gelandangan juga dipenuhi kaum itu, malah, yang memakan anak sendiri, cucu sendiri, adik sendiri, jual isteri sendiri, tonton video keganasan kepada wanita,
.
.
.
Bolehkah kaum wanita mengambil tangkap rata yang semua atau kebanyakan kaum lelaki keseluruhannya tidak perlu dan tidak layak dihormati?
Mahukah kaum lelaki yang kononnya lebih tinggi darjatnya dari kaum wanita yang 'banyak serah diri cara free dalam wechat' itu dianggap sama dengan semua lelaki yang bersorak dengan merogol wanita beramai?? Bersorak merakam adegan rogol wanita tak berdosa? Melanggan dan berkongsi wanita yang tidak tutup aurat?
Tinggi sangatkah darjat kaum lelaki untuk menghormati kaum wanita?
Bolehkah kaum lelaki hidup tanpa kaum wanita yang dianggap hina itu?
Tak anggap kaum wanita hina?
Cuba rakam dan baca balik cara kamu melayan wanita, cara kamu bercakap dengan kaum wanita.
Jika wanita tak layak dihormati, maka ibumu juga tidak layak dihormati.
Wallahua'lam...
#BahayaCorakPemikiranKebanyakanLelaki
Wednesday, March 23, 2016
LAMBAT MENDAPATKAN BANTUAN EMOSI --------> SUICIDAL
Assalamualaikum w.b.t,
Harini kami Ani-Ara ingin berkongsi mengenai kesedaran betapa pentingnya untuk mendapatkan bantuan pada masalah emosi dengan kadar yang segera.
Isu masalah emosi dan mental dewasa kini makin menjadi-jadi,
terutamanya dalam masalah rumahtangga. Apabila pasangan suami isteri tertekan
dengan masalah emosi yg terlampau teruk, maka akan berlakulah perbuatan ‘BUNUH
DIRI’ @ perbuatan ‘MEMBUNUH/MENCEDERAKAN ORANG LAIN’. Ini dapat dibuktikan
dengan kes-kes suami bunuh isteri, isteri bunuh anak, anak bunuh diri dan
sebagainya. Inilah akibatnya apabila kita tak mendapatkan bantuan emosi segera.
Bayangkan. Anda cuba untuk tanam pokok, mula-mula anda siram
selalu, kemudian selang sehari, kemudian selang 2 hari.. dengan anggapan,
alaah, dah siram haritu oklah. Atau in syaa Allah pokok tu boleh hidup lagi
sehari, tak mati. Tiba-tiba suatu hari anda sedar yang daun pokok tu dah kuning,
dari satu dah jadi hampir separuh pokok.
Anda jadi gelabah dan mula siram pokok tersebut. Namun,
selepas hari ke hari anda siram, daun-daunnya tetap semakin kekuningan. Malah,
kulit batang pokoknya semakin kering, tak kira berapa banyak anda siram air
sehari.
Akhirnya, anda terpaksa akur yg anda telah kehilangan pokok
itu. Dia telahpun mati sebelum semua daunnya menjadi kuning dan kering. Kerana dalamnya
dah mati, walau ada daun yg masih hijau menipu anda bahawa ia masih hidup.
Mahukah anda menjadi seperti pokok tersebut?
Adakah anda pasti masalah anda masih dalam keadaan yg tidak
mematikan dalaman anda?
Adakah anda pasti anda ingin ‘MATI’ dalamah dahulu baru anda
ingin mendapatkan bantuan?
Adakah anda kira jika anda telah ‘MATI’ dalaman,
anda masih
boleh berfikir untuk mendapatkan bantuan?
Usah biarkan perkara ini terjadi kepada rumahtangga dan
keluarga anda.
Cegahlah sebelum terlambat.
Untuk mendapatkan khidmat Perundingan Psikologi Keluarga dengan kami,
bolehlah hubungi kami Ani-Ara di 011-2160 2147.
Thursday, February 18, 2016
ANTARA TANDA-TANDA PASANGAN ANDA TELAH MENJADI MANGSA KETAGIHAN BAHAN LUCAH / PORNOGRAFI
Pornografi pemusnah rumahtangga Sumber: Google |
Assalamualaikum w.b.t,
Harini kami Ani-Ara ingin berkongsi satu punca besar yang
SEBENAR kepada sebahagian besar masalah rumahtangga tidak kira di negeri mana
dan di Negara mana anda tinggal.
Pada mulanya kami ingin menyentuh masalah ini pada waktu yang
lebih lewat kerana ingin mengupas masalah ini dengan lebih mendalam.
Namun sehingga kini, kebanyakan masalah rumahtangga pengadu
adalah berkisar kepada masalah ini.
Dan kami rasa terpanggil untuk memulakan perbincangan dengan
lebih cepat.
Kebanyakan pakar motivasi sering menitikberatkan ‘komunikasi’
sebagai masalah utama rumahtangga bergolak.
Ya, kami tidak nafikan perkara tersebut, namun setelah
penyelidikan secara lebih terperinci, kami dapati,
Masalah yang lebih besar dan
lebih mengeruhkan keadaan rumahtangga dewasa ini, yang lebih bahaya dan lebih
memusnahkan, adalah ‘KETAGIHAN BAHAN LUCAH’ atau lebih dikenali sebagai 'PORN / PORNOGRAFI'.
Ini adalah musuh dalam diam.
Yang menonton akan menonton dengan diam, mereka biasanya
tidak menyuarakan kesalahan mereka itu kepada sesiapa,
Mereka membeli bahan lucah/pornografi juga dengan diam,
Pasangan yang tahu pasangan mereka menonton juga akan diam,
kerana ianya juga menjadi aib mereka,
Perunding-perunding juga biasanya akan diam kerana takut
dengan kesan perbincangan masalah ini,
Jika mereka ingin tolong pasangan sekalipun, mereka sukar
untuk tahu sekiranya kedua-dua belah pihak sendiri tidak mengaku bahawa masalah
ini wujud dalam rumahtangga mereka.
Begini,
Pernah anda mendengar masalah rakan atau saudara mara anda
mengadu yang suaminya seakan tidak lagi bernafsu kepadanya sedangkan anda lihat
dirinya masih cantik dan muda?
Pernah dengar seorang isteri dipersalahkan apabila suami
tidak lagi bernafsu kepadanya? Selalu bukan?
Pernah anda dengar suami seakan bernafsu tetapi tidak
bertenaga bila bersama?
Pernah dengar suami masih lagi menduakan isteri walau
pelbagai usaha isteri lakukan untuk menambat hati suami?
Pernah dengar suami menduakan isteri pada minggu pertama
atau bulan pertama selepas perkahwinan?
Pernah dengar kisah suami tidak bertenaga di bilik tidur
walaupun suami masih muda dan sihat?
Pernah dengar suami menampar menumbuk menendang isteri tanpa perasaan
belas kasihan?
Pernah dengar masalah apabila suami tidak tahu
tanggungjawabnya sebagai suami walau perkahwinannya dulu adalah atas dasar
cinta, suka sama suka dan suami mampu?
Pernah dengar si suami lebih suka menyendiri di bilik
seorangan atau lebih suka keluar bersama rakan-rakannya daripada meluangkan
masa bersama anak dan isteri?
Pernah anda dengar suami-suami menduakan isteri degan ramai
teman wanita yang kebanyakan mereka adalah lebih muda?
Atau suami anda sendiri menjadi semakin pelupa, menjadi
semakin lemah fizikal, menjadi semakin tidak berperasaan belas kasihan?
Atau jika anda seorang suami, pernahkah anda dengar masalah
rakan anda, atau anda sendiri seperti di atas?
Perasaan sayang anda kepada isteri anda yang anda cintai
semakin lama semakin hilang?
Nafsu anda kepada
isteri juga semakin hilang?
Perasaan belas kasihan kepada isteri juga hilang?
Anda juga tidak dapat memberikan nafkah batin kepada isteri
anda dengan sempurna?
KESEMUA TANDA-TANDA DI ATAS MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA
KETAGIHAN SUAMI KEPADA BAHAN LUCAH/PORNOGRAFI.
*bukan semua gejala di atas berpunca daripada ketagihan
bahan lucah/pornografi, tetapi ianya boleh menjadi salah satu kemungkinan yang perlu
diambil berat.
Masalah masyarakat kita adalah, perkara ini selalunya tidak
dibincangkan dengan lebih terperinci.
Yang pertama ditanya biasanya adalah, samada isteri
bercantik-cantik untuk suami? Adakah isteri masak untuk suami? Adakah isteri
menjaga pakaian suami? Adakah isteri memanjakan suami?
Yang kedua, biasanya ditanya tentang komunikasi. Adakah puan
ada berbincang dengan suami? Adakah encik ada bawa berbincang dengan isteri?
Jika jawapan positif tetapi rumahtangga masih bergolak, akan
dititikberatkan lagi tentang komunikasi.
Namun, amat sedikit menitikberatkan masalah pornography ini
sedangkan ianya adalah punca majoriti masalah suami isteri pada zaman ini.
Masalah ini telah lama menjadi punca perceraian di Negara Barat
dan sekarang, Negara kita yang tercinta ini juga semakin mendapat bahangnya kesan daripada ‘INTERNET TANPA SEMPADAN’ DAN ‘SMART PHONE’ yang semakin lama semakin menjadi salah satu keperluan gaya hidup masyarakat kita.
Bahan lucah/pornografi memusnahkan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai
murni dalam jiwa penontonnya.
Masakan seorang manusia boleh melihat isterinya dengan
pandangan kasih sayang jika dia juga melihat keganasan kepada kaum isterinya hanya
untuk perasaan seronok?
Masakan seorang lelaki boleh menghormati dan melindungi
isterinya jika dia sering melihat kaum isterinya dilayan seperti haiwan hanya untuk
berseronok?
Malah, dalam kebanyakan masa, pornografi telah menjadi sebahagian dari hidup harian lelaki, ianya dianggap biasa sesama lelaki untuk mereka tahu masing-masing
menonton bahan lucah/pornografi. Dalam sebahagian komuniti, mereka bahkan saling berkongsi bahan lucah antara mereka.
Apakah mereka ini boleh mendidik seorang anak perempuannya
nanti?
Adakah rakan-rakan yang saling berkongsi keseronokan melihat
kezaliman dan tidak peri kemanusiaan terhadap seorang anak perempuan kepada
seorang lelaki dapat memberikan nasihat yang baik untuk rumahtangga anda?
Baik dan buruk tidak
akan selamanya boleh bersatu di dalam satu bekas.
Jadi, bagaimana ketagihan bahan lucah merbahaya kepada
rumahtangga?
Jika suami anda atau diri anda sendiri menghadapi masalah ini, apa yang anda perlu lakukan?
Wednesday, February 3, 2016
3 TIPS MENG ‘SKYROCKET’ KAN PERASAAN CINTA DI ANTARA ANDA DAN PASANGAN
Sumber: Google |
Amalkan tip-tip yang amat mudah di bawah.
1. Berpegangan Tangan
Berpegangan tangan dapat mengurangkan tekanan
emosi, ketakutan, kekeliruan , panic,
kesakitan dan emosi negatif lain dengan jumlah pengurangan yang sangat banyak.
2. Saling Berpandangan ke dalam mata
"Mata adalah cermin atau
jiwa".
Lihatlah tepat ke dalam mata
pasangan anda.
Pandanglah antara satu sama lain
apabila anda berkomunikasi. Dalam setiap komunikasi. Lisan atau badan bahasa.
3. Shower Bersama-sama
Shower atau mandi adalah satu aktiviti
yang sangat peribadi. Ia adalah ruang di mana seseorang itu menikmati privasi
maksimum beliau.
Kerana itu, mandi bersama-sama boleh
memecahkan tembok tertinggi antara dua orang yang berkaihan.
Anda akan mendapat lebih dekat
dalam setiap aspek ketika mandi bersama-sama, berkongsi ruang peribadi dengan
dia atau dia.
'PIKAT' PASANGAN ANDA DENGAN TENUNGAN POWER
Saling Berpandangan
Lihatlah tepat ke dalam mata
pasangan anda.
Selain sentuhan fizikal, pandanglah antara satu sama lain
apabila anda berkomunikasi. Dalam setiap komunikasi. Samada komunikasi lisan
seperti apabila berbincang nak makan apa, atau dalam komunikasi bahasa badan
(atau bahasa isyarat).
Satu kajian kes yang
dijalankan pada tahun 1989 oleh ahli psikologi menunjukkan bahawa hubungan mata
boleh membuat seseorang JATUH CINTA. Dengan mengunci pandangan mata dengan
orang yang tidak dikenali selama dua hingga tiga minit, perasaan akan mula
wujud di antara kedua-dua pihak.
Begitulah besarnya kesan saling
memandang mata antara manusia. Kerana itulah kita sering dengar ungkapan “dari mata turun ke hati”.
Lagipun, kita telah tersedia maklum
bahawa "mata adalah cermin
jiwa".
Bermaksud,
Mata adalah satu jalan
highway, jalan yang lurus terus masuk
ke dalam jiwa seseorang. Ianya adalah satu jalan yang sangat pintas untuk anda ‘menyentuh’ jiwa pasangan anda dengan
kesan yang sangat mendalam.
Jadi, ‘sentuhlah’ hati pasangan anda
dengan kasih sayang anda melalui pandangan mata anda yang tepat ke dalam
matanya.
Satu tip yang sangat powerful untuk anda,
Lihat ke dalam mata pasangan anda
selama mana yang anda boleh apabila anda berada di dalam mood yang baik. Terutamanya apabila anda di dalam mood yang amat gembira dan seronok. Ini boleh meng’ativate’kan
cinta anda dalam masa yang singkat.
Ini kerana, semasa anda dalam
keadaan seronok dan gembira, mata anda akan menunjukkan seua perasaan tersebut.
Aura kegembiraan tersebut boleh dilihat melalui mata oleh seua orang yang
melihat mata anda. Jadi, gunakan masa ini untuk ‘menyampaikan’ perasaan positif
ini kepada ‘hati’ pasangan anda.
Short cut untuk menjana cinta. Satu
cara yang mudah untuk sebuah janji masa depan yang cerah bersama pasangan anda.
NAMUN, seboleh mungkin, elakkan
hubungan mata dengan pasangan anda apabila anda sedang dalam keadaan marah atau kecewa.
Kerana ia akan pergi ‘terus’ sampai
ke hatinya. dan dalam kebanyakan masa, memory
kesedihan atau marah mata anda itu akan kekal di sana selama-lamanya.
Sepertimana memory kegembiraan dan cinta anda yang anda pancarkan dari mata
anda akan selalunya kekal selama-lamanya
di dalam hati pasangan anda. Ia boleh menjadi penyejuk hati yang panas atau
kecewa degan hanya mengingati memory pandangan anda yang penuh kasih sayang itu.
Jadi ingat, renung ke dalam mata
pasangan anda berkomunikasi.
Tatukan cinta dan kasih
sayang anda selamanya dalam jiwa pasangan anda.
"Membuat hubungan mata adalah pintu masuk utama untuk cinta"
- Barbara Fredrickson
Jadi lakukan sekarang.
Pikat pasangan anda. Flirt dengan nakal atau dengan perasaan penghargaan
yang tinggi. Dengan teknik ini, walaupun tanpa suara, ia lebih jauh terkesan di dalam hati pasangan anda daripada ayat manis anda.
Jangan malu. Malah, apabila
pasangan anda rasa malu, atau anda rasa malu, itu adalah satu petanda yang
baik, bermaksud anda masih boleh rasai kehadiran pasangan anda, perasaan anda
terhadap pasangan anda masih wujud dan kuat.
Selamat memikat pasangan anda dan
selamat bahagia =)
SENTUHAN, PENAWAR MASALAH EMOSI ANDA DAN PASANGAN
Pegangan tangan, menguatkan daya tahan emosi anda. peganglah tangan pasangan anda selalu. sumber gambar: Google |
Satu kajian yang dijalankan oleh pakar
Psikologi University of Virginia, Dr. James Coan menunjukkan bahawa,
Memegang
tangan pasangan anda atau sesiapa sahaja mewujudkan satu kesan yang menenangkan bagi emosi manusia.
Ia dapat mengurangkan tekanan
emosi, ketakutan, kekeliruan , panic,
kesakitan dan emosi negatif lain dengan jumlah pengurangan yang sangat banyak.
Dr. James Coan, salah seorang
penyelidik, berkata,
"Kami mendapati bahawa
memegang tangan, tidak kira siapa, dapat membuatkan
otak kita mempunyai daya tahan yang
tinggi dalam menghadapi masalah emosi."
‘DAN, kajian tersebut juga turut menunjukkan
bahawa kesan yang hebat itu dapat dilihat dengan lebih jelas apabila subjek
memegang tangan PASANGAN MEREKA berbanding dengan orang yang tidak dikenali '.
Jadi, jika pegangan tangan pasangan anda
boleh mengurangkan kesakitan emosi anda, ia pasti boleh memberikan kesan yang
sama kepada pasangan anda. Jadi, apakah yang menghalang anda untuk memgang tangan pasangan anda?
Demi kestabilan emosi anda, jangan teragak-agak untuk pegang
tangan pasangan anda dengan kerap.
Usah dihirau apa orang lain kata.
Yang penting, di pegangan tangan pasangan anda terdapat ubat kepada masalah
emosi anda dan ia juga meningkatkan perasaan kasih sayang antara anda dan
pasagan.
Kita telah perbincangkan
di artikel sebelum ini bahawa dengan adanya KASIH SAYANG antara anda dan pasangan, ianya seolah-olah
satu jaminan yang selamat kepada toleransi dan kebahagiaan rumahtangga anda.
Tidak kira pasangan atau anak
atau ibu dan ayah, ianya dapat meningkatkan sentuhan emosi antara anda dan
orang yang anda sayangi.
PERINGATAN!
Jangan sesekali menolak sentuhan
fizikal dari pasangan anda.
Kajian menunjukkan, sementara memegang
tangan pasangan anda memberikan kelegaan segera dari kesakitan emosi, PENOLAKAN
yang sama akan menyebabkan kejutan yang sama seperti kejutan buku lali ke otak
manusia “the same shock as the ankle
shock to human brain”.
Ini juga menjelaskan bahawa kurangnya
sentuhan kasih sayang secara fizikal antara pasangan di dalam rumahtangga boleh
menjadi sangat merbahaya kepada emosi kedua-dua pihak samada mereka perasan
atau tidak.
Jadi, pastikan anda memberikan
sentuhan fizikal semudah sentuhan tangan dengan pasangan setiap hari.
Untuk kesejahteraan emosi anda dan pasangan, sekaligus menyemarakkan lagi perasaan sayang anda anda dan pasangan tanpa berhabis ribuan ringgit menempah hotel mewah di resort bertaraf lima bintang.
mudah kan?
HAK DAN TANGGUNGJAWAB, ADAKAH IANYA ADALAH YANG TERPENTING DALAM HIDUP BERUMAHTANGGA?
Semai Cinta dan kasih sayang selalu Sumber gambar: Google |
Bila kali terakhir anda suarakan kepada seseorang bahawa
anda nakkan sesuatu?
'Mahukan' sesuatu?
Hampir semua manusia akan buka cerita berkenaan apa yang
mereka mahukan daripada seseorang. dalam kata lain, apa yang mereka sepatutnya
dapat daripada seseorang.
Contohnya, seorang isteri boleh bercakap berterusan selama
beberapa jam tentang apa yang suaminya tak buat dan tak berikan pada dia. Suami
pula boleh berikan seribu satu alasan kenapa perkara itu berlaku yang mana akan
berbalik kepada apa yang sang isteri tidak beri padanya.
Hak dan tanggungjawab. sering diperbahaskan. di mana-mana
ceramah dan kaunseling, takkan lari dari menggariskan hak dan tanggungjawab
semua pihak. kompromis atau tolak ansur pula seringkali juga dibangkitkan.
Tetapi, adakah semua itu memberi kesan?
Adakah hidup berpasangan, hidup bersahabat, hidup
berkeluarga hanya belandaskan hak dan tanggungjawab sahaja?
Adakah ia dapat melahirkan tolak ansur?
Jika soalan ini ditanya kepada saya beberapa tahun lepas,
sudah pasti saya akan memberikan jawapan yang sangat tegas. Ya, hak dan
tanggungjawab adalah yang sangat penting untuk diberikan penekanan. Tolak ansur
adalah yang kedua terpenting.
Seorang isteri, tidak kira baik atau buruk
suaminya, perlu sentiasa berbuat baik terhadap suaminya.
Perlu lakukan
semua yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yang baik. perlu menjadi
seorang pendengar yang bagus, perlu menjadi seorang penghibur yang baik, perlu
menjadi seorang penasihat yang baik, perlu sentiasa senyum kepada suaminya,
perlu sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada suaminya, tak kira
apapun yang berlaku di dalam perkahwinan tersebut.
Ini kerana tak kira apapun
keadaannya, hak seorang suami hendaklah sentiasa dipenuhi, begitu juga
keadaannya dengan hak dan tanggungjawab seorang isteri.
Tetapi, adakah itu menjamin hidup yang harmoni? yang
bahagia? bagaimana dengan perbezaan personaliti? perbezaan umur? perbezaan
latar belakang? perbezaan jantina? tidakkah itu penting untuk diambil kira?
Biar saya kongsikan pandangan saya yang pada hari ini setelah melihat bermacam-macam ragam masalah perkahwinan.
Hak dan Tanggungjawab akan dengan mudah ditunaikan, mudah dipenuhi dengan adanya perasaan CINTA dan SAYANG yang tebal.
Ya, Hak dan Tanggungawab
adalah penting, tetapi bukanlah yang utama. Yang paling utama dalam mendapatkan
perhubungan yang bahagia adalah: KASIH SAYANG.
Mahukan hidup dikasihi? belajar sayangi orang lain. Nak
diri anda penuhi semua tanggungjawab anda terhadap pasangan? bertungkus
lumuslah buat diri anda sayangi pasangan anda. Begitu juga hak anda, mahukan
hak anda dipenuhi dengan secukupnya? buatlah pasangan anda sayangi anda dari
hati. mudah.
Ini kerana apabila anda menyayangi pasangan anda dari hati,
anda tidak perlu diingatkan tentang kewajipan memberi nafkah isteri sebelum
anda memberi isteri anda pakaian, makanan dan tempat tinggal.
Anda tidak perlu
diingatkan tentang hak suami anda sebelum anda berhias diri dan menyediakan
minuman dan menjaga kehormatan diri anda untuk suami anda kerana fitrah telah
pun menetapkan semua itu dalam hati jiwa yang saling berkasihan.
Sifir ni memang mudah. Namun, dengan mengetahui sifir ini,
apa yang kita boleh buat?
Apa langkah seterusnya?
Bagaimana nak menanamkan Sayang kita terhadap pasangan kita?
Adakah cukup dengan bukti tali perkahwinan yang diikat?
Anda semua dijemput ke halaman seterusnya, Kuasa Memberi.
Sebelum itu, saya menjemput anda untuk baca terlebih dahulu
perkongsian saya tentang Konsep cinta yang telah dikaburkan dengan dongengan
dan mitos untuk kita sama-sama sedar dan kembali ke dalam dunia cinta yang
realiti terlebih dahulu sebelum sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu
menyemai perasaan cinta sesama suami isteri.
Boleh juga baca perkongsian saya tentang jika sudah dicanang
cinta, mengapa masih ada yang tidak bertanggungjawab?, untuk lebih perkongsian.
Assalamu'alaikum wbt.
PENTINGNYA SOALAN YANG BETUL UNTUK MENGETAHUI PUNCA SEBENAR MASALAH ANDA
Semua diberi semua tak kena Sumber gambar: Google |
Pernah
anda melayani kerenah seorang budak kecil yang menangis?
Semua
diberi semua tak kena. Selagi tidak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia
menangis sekuat-kuatnya. Sehingga dia tertidur kepenatan sendiri, namun sebaik
saje dia bangun, terus sambung menangis.
Kita
pening kepala, apa sebenarnya yang dia nak? setahu kita, apa yang dia nak kita
dah beri. Makan, susu, air, mandi, mainan, semua dah beri. Bila periksa suhu
badan, ok, tekak, ok, perut ok. tapi nangisnya seolah-olah kita tak bagi dia
bernafas. Tak henti-henti.
Tiba-tiba,
datang seorang kawan kita, bercerita sikit dengan budak kecil tersebut, terus
senyap. bila kita tengok, rupanya, apa yang dia inginkan dari tadi cuma untuk
menukar kepada baju yang lain, atau seluar yang lain, atau tak mahu rambutnya
disikat atau perkara-perkara kecil yang lain yang kita tidak terfikir.
Sebaik
sahaja dapat tukar baju lain, terus senyap. sepi. senyum, bermain, gelak ketawa
seperti biasa. seperti tak ada apa berlaku. Garu kepala kita kehairanan.
Pernah?
Bagaimana
pula dengan orang dewasa?
Seringkali
saya diberitahu oleh pengadu,
"Nurul..
akak tak tahan dah. Suami akak tu tak pernah nak berubah. Selalu ajak solat dia
taknak. Bulan puasa pun dia tak nak puasa tanpa sebab. penat akak nak jaga anak
sorang-sorang. makan pakai anak, makan pakai dia semua akak yang kene uruskan.
Dia tahu balik rumah lewat malam, sampai rumah anak dah siap, makanan dia dah
siap, baju dia dah siap, tinggal tidur je. Akak pulak asyik ditipunya aje. kata
kerja lebih masa, tapi takda di pejabat. telefon disorokkan dari akak. Akak
penat dah Nurul. Akak tak tahan dah..."
Ada
lagi sambungannya, tapi cukuplah saya kongsikan yang sikit tu sahaja.
Apa
yang anda akan lakukan jika anda diberitahu oleh rakan anda
aduan-aduan seperti di atas?
Naturally,
kita akan cuba tenangkan dia dan cuba buat penilaian kita, seterusnya kita
berikan beberapa cadangan yang sesuai berdasarkan apa yang dia adukan pada
kita. Cadangan bagi satu per satu masalah yang dikatakan menjadi penyebab
masalah emosinya.
Tapi
pada kebanyakan masa, semua cadangan ditolak mentah-mentah, seolah-olah semua
cadangan yang dikongsi adalah bukan opsyen. Lantas, apa sebenarnya masalahnya?
Kenapa semua ‘possible solution’ adalah bukan opsyen?
Satu
sahaja jawapannya.
Iaitu,
Semua
masalah yang disenaraikan, semua ‘pot pet pot pet’ nya selama ini BUKANLAH
masalah sebenar yang menghantui emosinya.
Apa masalah anda yang sebenar-benarnya? sumber gambar Google |
Jika
ia adalah masalah sebenar, sudah pasti cadangan-cadangan yang diberikan dapat
membawa kepada satu solution yang dapat dipakai walaupun pada mulanya semua
cadangan adalah tidak sesuai.
Pada
kebanyakan masa, cadangan-cadangan pertama akan dapat menjadi titik tolak
kepada pencarian opsyen yang boleh diambil sebagai langkah untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi sekaligus memperbaiki emosi pengadu dan meningkatkan
kebolehan menghadapi masalah pengadu.
Jika
masalah sebenar masih TIDAK JELAS. Bagaimana nak tolong? Macam mana nak bantu
memikirkan jalan keluar bagi masalah emosi yang dihadapi?
Bagaimana ANDA sendiri ingin memperbaiki emosi anda jika masalah sebenar yang menganggu emosi anda tu anda tak dapat kenalpasti?
Jadi
apakah soalan seterusnya yang perlu disoal kepada pengadu? apa soalan yang anda perlu tanya pada diri sendiri untuk membantu diri anda?
Adakah
soalan seperti, ‘apa lagi yang suami aku dah buat selain tu?’ atau “kenapa
dia tak solat? Ada aku ajak dia solat berjamaah di masjid? Ada anak-anak minta dia ajarkan solat kepada mereka?”
Semua
soalan-soalan tersebut adalah tidak dapat dipakai. Malah, jika itu soalan yang
diajukan, ianya akan menyebabkan pembaziran masa, pembaziran emosi, dan
pembaziran waktu tersisa sebelum masalah emosi menjadi lebih parah kerana ianya
tetap tidak dapat menyelesaikan masalah pengadu.
Jadi
apakah soalan yang tepat?
Soalan
yang tepat ialah,
Apa sahaja bentuk soalan yang membolehkan pengadu memberitahu
dengan jelas APA SEBENARNYA SATU MASALAH yang menjadi PUNCA TUNJANG kepada
masalah emosi pengadu.
Apa soalannya secara specific? Ia bergantung kepada
emosi pengadu, latar belakang pengadu, personality pengadu dan bermacam faktor
yang perlu diambil kira.
Yang
penting, jawapan perlu dikorek dari pegadu, tanpa membuatkan pengadu menokok
tambah cerita, memutarbelit masalah, menyorokkan fakta, atau malu memberitahu
hal sebenar.
Ini
semua penting untuk kita tahu punca masalah sebelum kita teruskan dengan
langkah penyelesaian yang munasabah.
Macam
kes di atas, walaupun berpuluh-puluh masalah disuarakan, akhirnya apabila
ditanya dan digali dengan berhemah dan berhati-hati, dengan menyentuh
masalah-masalah yang diutarakan satu per satu dan dengan melihat reaksi serta emosi pengadu terhadap setiap masalah yang disentuh, dapat disimpulkan bahawa
masalah utama pengadu yang membawa kepada tekanan emosinya hanyalah satu. Iaitu
‘Scandal’ suami.
Kesimpulannya,
walaupun si suami terus menerus tidak mengubah tabiat rokoknya, tidak solat dengan
betul, tidak puasa di bulan Ramadhan, bejudi, atau apa-apa pun masalah lainnya,
itu tidak menjadi satu tekanan emosi yang terlalu kuat untuk pengadu tahan
KECUALI menduakan pengadu.
Maksudnya,
pegadu akan masih dapat bertahan walau dengan perangai-perangai buruk suaminya
yang lain, SELAGIMANA suaminya TAAT padanya dan tidak mempunyai perempuan lain.
Dengan
mengetahui punca ini, saya telah menjimatkan banyak masa dengan hanya fokus
kepada masalah itu sahaja tanpa perlu menyentuh puluhan lagi maslah yang
diutarakan.
Nampak
tak?
Bagaimana
dengan ‘tackle the right issue’ dan ‘asking the right question in the right
way’ membolehkan kita menjimatkan banyak masa dan tekanan emosi. Mengurangkan
pening kepala kita untuk cuba merungkai satu per satu kesemua masalah yag
disenaraikan.
Ia
juga mempercepatkan kita memfokuskan masa dan tenaga kita hanya kepada masalah
yang betul seterusnya membolehkan kita memberikan nasihat yang betul sekaligus
mencerahkan kebarangkalian penamatan tekanan emosi pengadu dengan lebih selamat
dan pantas.
Apa
kesimpulan yang boleh kita dapat dari contoh di atas?
Iaitu,
Pentingnya anda pergi mendapatkan bantuan masalah emosi anda.
Dan, pentingnya mendapatkan nasihat emosi daripada pakar.
Supaya perunding masalah boleh bertanyakan masalah yang betul kepada anda dan
menyentuh masalah yang tepat untuk mengakhiri tekanan emosi anda.
Mengapa?
Sekali
lagi.
Tidak
semua orang mempunyai kebolehan dan skil mengenalpasti punca masalah emosi yang
betul, bertanyakan soalan yang betul dengan cara yang betul.
Lebih-lebih lagi
ahli keluarga anda atau sahabat anda ATAUPUN diri anda sendiri yang pada kebanyakan masa dikaburi oleh
emosi yang kuat seperti anda kerana sayang mereka dan ‘concern’ mereka terhadap
anda.
Dapatkan
bantuan daripada sumber yang betul supaya anda dapat ketahui punca sebenar
masalah anda dengan cepat, sekaligus anda dapat nasihat yang lebih tepat dan
cepat.
3 TIPS SELAMATKAN RUMAH TANGGA ANDA DI ZAMAN KRISIS EKONOMI
1. KENALI CARA KOMUNIKASI PASANGAN ANDA
Perhatikan cara pasangan anda enyampaikan pesanan kepada anda Sumber gambar: Google |
Bagaimana?
Dengan mengenali personaliti mereka, cara mereka berfikir, cara mereka
bertindak balas kepada tindakan anda.
Contohnya,
Jika
isteri anda tanya anda banyak soalan yang terlalu jelas jawapannya bagi anda,
jawab je. jangan malas jawab.
Ini
kerana kebanyakan wanita memang perlukan jawapan yang jelas dalam semua soalan, perancangan yang jelas yang disebut berulang kali. Mereka adalah makhluk Tuhan
yang selalunya teliti dalam perancangan dan kurang terbuka kepada surprise
decision making.
Masalah berlaku bila si isteri menerjah suami
dengan soalan yang terperinci, si suami yang biasanya secara semulajadi lebih
cenderung kepada flexibility dalam membuat keputusan akan malas nak jawab.
Mereka
selalunya akan diam sahaja. bagi mereka, lebih mudah jika anggap seperti soalan-soalan tersebut tak pernah diajukan. kerana mereka
lebih suka perkara-perkara tertentu lebih terbuka untuk diputuskan mengikut
masa dan keadaan. yelah, kalau dijawab nanti, jika sampai masa apa yang dibuatnye lain, sah akan kena
menjawab lagi.
si
isteri pula biasanya takkan berhenti menyoal hingga mendapat jawapan yang
memuaskan hati. si suami pula lama-lama akan rimas soalan tak putus-putus dari
mulut isteri, maka pada kebanyakan masa, mahu tak mahu, pertengkaran akan bermula juga.
Begitu
juga dengan isteri. jika suami tidak jawab soalan anda, biarkan. beri ruang
kepada suami untuk menjawab soalan anda apabila dia bersedia untuk jawab. Jangan ulang soalan tu banyak kali. Kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Ibarat mendudukkan belon yang penuh angin, menunggu masa untuk meletup.
Kerana
uniknya lelaki, mereka dalam kebanyakan masa tidak suka jawab soalan yang
terlalu terperinci kerana mereka menginginkan kebebasan untuk membuat
keputusan.
Contohnya......
Bila
suami isteri bersetuju untuk keluar makan, sebelum bersiap lagi si isteri akan
mula bertanya nak makan di mana. ini kerana mereka perlu sesuaikan pakaian
dengan tempat makan yang akan dituju. Jika berpakaian tidak sesuai dengan suasana, si suami juga yang akan mula menyuarakan rasa tak puas hati.
Manakala
kebanyakan lelaki lebih selesa untuk pilih tempat makan di dalam perjalanan.
Dan
situasi ini selalunya berakhir dengan perselisihan faham.
Anda familiar dengan keadaan ini?
Ini
bukan ego, bukan degil. Ini adalah disebabkan perbezaan cara berkomunikasi lelaki dan wanita. Kita memang dilahirkan dengan perbezaan ini.
Jika anda
faham perbezaan-perbezaan ini, anda akan dapat lihat perbezaan dalam toleransi anda dan pasangan dalam komunikasi. In syaa Allah, banyak masalah komukasi bukan lagi masalah bagi anda dan anda akan lebih mudah untuk jatuh cinta dengan pasangan anda lagi dan lagi setiap hari.
2. WAJIBKAN PERUNTUKAN PERCUTIAN KELUARGA
Jangan sesekali anda mansuhkan peruntukan holiday bersama keluarga.
Sebaliknya, kecilkan
skala percutian anda. contohnya, daripada plan ke luar negara, kecilkan skala kepada hanya di dalam negara.
Tapi
jangan sesekali anda hapuskan sepenuhnya peruntukan tersebut. Dengan itu, anda
dapat mengekalkan rutin wajib keluarga anda untuk anda 'recharge' kasih sayang anda dengan pasangan
dan anak anda.
3. PILIH PEKERJAAN SAMBILAN DENGAN BIJAK
Cari pendapatan sambilan yang memerlukan kerja dan masa anda yang sedikit
tetapi memberikan pendapatan yang lumayan.
Ingat, MASA yang SEDIKIT, PULANGAN yang BANYAK.
Contohnya, jika anda berkebolehan untuk mengambil upah menghantar surat khabar dari rumah ke rumah kepada 17 buah rumah dengan upah RM5 ringgit sehari, dan anda juga berkebolehan menghantar surat syarikat-syarikat korporate dengan upah RM15 ringgit setiap hantaran dokumen, pilihlah yang lebih menguntungkan dengan masa yang sedikit.
Jadikan diri anda pengguna masa yang bijak. Tanpa anda perlu abaikan masa depan anda bersama keluarga anda.
Ingat, MASA yang SEDIKIT, PULANGAN yang BANYAK.
Contohnya, jika anda berkebolehan untuk mengambil upah menghantar surat khabar dari rumah ke rumah kepada 17 buah rumah dengan upah RM5 ringgit sehari, dan anda juga berkebolehan menghantar surat syarikat-syarikat korporate dengan upah RM15 ringgit setiap hantaran dokumen, pilihlah yang lebih menguntungkan dengan masa yang sedikit.
Jadikan diri anda pengguna masa yang bijak. Tanpa anda perlu abaikan masa depan anda bersama keluarga anda.
Tuesday, February 2, 2016
BAGAIMANA KRISIS EKONOMI MEMBAHAYAKAN RUMAHTANGGA ANDA?
Adakah bahaya Krisis Ekonomi hanya ada pada periuk nasi anda? Sumber gambar: Google |
Assalamualaikum, saya Najwa,
Hari ini saya adalah pemilik bersama WUC Global, sebuah syarikat perundingan dan motivasi keluarga yang telah membantu ramai pasangan berkahwin mahupun individu untuk kembali menguasai hidup mereka, perkahwinan mereka dan hidup anak-anak mereka.
Tetapi suatu masa dahulu, saya adalah seorang Peguam Syarie yang beramal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah melihat banyak perceraian berlaku dengan berlumba-lumba saban hari di mahkamah.
Pastinya anda tertanya-tanya apakah bahayanya Krisis Ekonomi kepada Rumah Tangga anda?
Jika anda masih tidak tahu tentang bahayanya, itu adalah berita baik untuk anda kerana itu bermakna rumah tangga anda masih dalam keadaan selamat dan kewangan anda masih stabil.
Tetapi jika anda dapat merasakan bahangnya tajuk di atas, kemungkinan besar anda sedang bergelut dalam krisis rumah tangga. Artikel ini bakal memberikan sedikit pencerahan tentang punca penyebabnya.
Sepanjang saya beramal sebagai Peguam Syarie dan mengikut pengalaman saya memberi kaunseling keluarga selama lebih 3 tahun, saya jangkakan kadar penceraian akan melonjak dengan mendadak semasa krisis ekonomi ini.
Anda nak tahu kenapa?
PERTEMBUNGAN DUA BAHASA
Begini.
Bayangkan, apabila ekonomi negara merudum, ringgit semakin susut nilai, banyak subsidi dihapuskan oleh kerajaan, kuasa beli isi rumah menjunam teruk, banyak syarikat- syarikat korporat membuang pekerja untuk meminimumkan kos, namun sebaliknya gaji anda pula tidak naik-naik, barang dan perkhidmatan semakin mahal, belanja persekolahan anak-anak, makanan, keperluan harian semua semakin meningkat. Keadaan ekonomi anda semakin sempit. Apabila keadaan kewangan anda semakin sempit, Cara Hidup anda sekarang sudah Tidak Relevan lagi untuk diteruskan. Kemudian apa berlaku?
Anda perlu rangka satu Cara Hidup baru bersesuaian dengan krisis ekonomi sekarang yang semakin merosot. Oleh itu, anda harus berbincang dengan pasangan anda.
Apa yang berlaku bila kaum Adam yang tertekan cuba ber"mesyuarat" dengan kaum Hawa yang sedang panik? . Ia jadi ibarat itik yg sesak dikepung cuba berbincang dengan ayam yang sedang panik dikejar. Pengguin dengan singa laut. Lepas tu apa jadi? jadilah satu pertandingan okestra peringkat antarabangsa, ber sedia untuk berperang. kesannya? terletuslah World War 3. Tanpa mana-mana pihak maksudkan.
Apa berlaku jika ayam dan itik ingin berkomunikasi di bawah tekanan? Sumber gambar; Google |
Keadaan ekonomi yang dah tersedia sesak pula tidak langsung membantu kadar penyejukkan panas hati masing-masing menjadikan peperangan melarat lama.
PERMANSUHAN PERUNTUKAN UNTUK PERCUTIAN KELUARGA
bayangkan lagi, bila anda perlu 'cut cost' untuk survive, apa benda pertama anda akan mansuhkan? Peruntukkan Percutian.
ini sangat bahaya.
Kenapa?
Kerana percutian adalah satu alat kekeluargaan penting yang anda tak mampu untuk hilang.
ianya sangat-sangat penting kepada keharmonian rumahtangga dan keluarga anda.
Tugas penjana kuasa ini adalah untuk menjana kasih sayang antara anda dan isteri, anda dan suami dan anda dan anak-anak anda.
Ingat, tanpa kasih sayang, susah untuk anda menjalankan tanggungjawab anda kepada pasangan dan anak-anak dengan sempurna walaupun anda mampu. tanpa kasih sayang, rumah bagai istana terasa bagai neraka, tanpanya, tidak akan wujud toleransi antara anda dan pasangan.
Anak-anak yang belum faham beban ekonomi pula mula merungut dan memberontak kerana percutian yang ditunggu-tunggu dibatalkan dengan tiba-tiba, sekaligus meledakkan lagi ketegangan anda dan pasangan.
Jadi adakah anda mampu kehilangan penjana penting ini?
KERJA TAMBAHAN YANG TIDAK TERKAWAL
Akhir sekali, bayangkan, bila kewangan anda semakin sempit, kos keperluan semakin meningkat, apakah perkara pertama anda fikirkan untuk menyelesaikan masalah tu?
Ramai akan jawab, kerja sambilan. tak kiralah kerja apa anda pilih. jadi jaga, basuh pinggan, potong rumput, atau berniaga.
Itu bagus. itu juga yang disarankan oleh pakar motivasi kejayaan no. 1 asia, Dr. Hj Azizan Osman.
namun bahayanya mula datang bila anda tidak tahu membahagikan masa dengan bijak. anda menjadi terlalu sibuk bekerja hingga anda menjadi terlalu 'unavailable' kepada pasangan dan anak-anak anda.
Semakin kurang masa anda luangkan bersama orang tersayang, semakin kuranglah ruang untuk anda tunjukkan kasih sayang anda. semakin jauhlah ingatan mereka tentang sayang anda kepada mereka. nasihat saya, jangan biarkan ini terjadi, sebab, tanpa anda sedar, ingatan mereka tentang kasih sayang anda akan semakin pudar, semakin hilang, semakin jauh untuk diingatkan kembali. ini bahaya.
Jadi apa yang anda boleh buat untuk elakkan semua itu berlaku?
Subscribe to:
Posts (Atom)