Pornografi pemusnah rumahtangga Sumber: Google |
Assalamualaikum w.b.t,
Harini kami Ani-Ara ingin berkongsi satu punca besar yang
SEBENAR kepada sebahagian besar masalah rumahtangga tidak kira di negeri mana
dan di Negara mana anda tinggal.
Pada mulanya kami ingin menyentuh masalah ini pada waktu yang
lebih lewat kerana ingin mengupas masalah ini dengan lebih mendalam.
Namun sehingga kini, kebanyakan masalah rumahtangga pengadu
adalah berkisar kepada masalah ini.
Dan kami rasa terpanggil untuk memulakan perbincangan dengan
lebih cepat.
Kebanyakan pakar motivasi sering menitikberatkan ‘komunikasi’
sebagai masalah utama rumahtangga bergolak.
Ya, kami tidak nafikan perkara tersebut, namun setelah
penyelidikan secara lebih terperinci, kami dapati,
Masalah yang lebih besar dan
lebih mengeruhkan keadaan rumahtangga dewasa ini, yang lebih bahaya dan lebih
memusnahkan, adalah ‘KETAGIHAN BAHAN LUCAH’ atau lebih dikenali sebagai 'PORN / PORNOGRAFI'.
Ini adalah musuh dalam diam.
Yang menonton akan menonton dengan diam, mereka biasanya
tidak menyuarakan kesalahan mereka itu kepada sesiapa,
Mereka membeli bahan lucah/pornografi juga dengan diam,
Pasangan yang tahu pasangan mereka menonton juga akan diam,
kerana ianya juga menjadi aib mereka,
Perunding-perunding juga biasanya akan diam kerana takut
dengan kesan perbincangan masalah ini,
Jika mereka ingin tolong pasangan sekalipun, mereka sukar
untuk tahu sekiranya kedua-dua belah pihak sendiri tidak mengaku bahawa masalah
ini wujud dalam rumahtangga mereka.
Begini,
Pernah anda mendengar masalah rakan atau saudara mara anda
mengadu yang suaminya seakan tidak lagi bernafsu kepadanya sedangkan anda lihat
dirinya masih cantik dan muda?
Pernah dengar seorang isteri dipersalahkan apabila suami
tidak lagi bernafsu kepadanya? Selalu bukan?
Pernah anda dengar suami seakan bernafsu tetapi tidak
bertenaga bila bersama?
Pernah dengar suami masih lagi menduakan isteri walau
pelbagai usaha isteri lakukan untuk menambat hati suami?
Pernah dengar suami menduakan isteri pada minggu pertama
atau bulan pertama selepas perkahwinan?
Pernah dengar kisah suami tidak bertenaga di bilik tidur
walaupun suami masih muda dan sihat?
Pernah dengar suami menampar menumbuk menendang isteri tanpa perasaan
belas kasihan?
Pernah dengar masalah apabila suami tidak tahu
tanggungjawabnya sebagai suami walau perkahwinannya dulu adalah atas dasar
cinta, suka sama suka dan suami mampu?
Pernah dengar si suami lebih suka menyendiri di bilik
seorangan atau lebih suka keluar bersama rakan-rakannya daripada meluangkan
masa bersama anak dan isteri?
Pernah anda dengar suami-suami menduakan isteri degan ramai
teman wanita yang kebanyakan mereka adalah lebih muda?
Atau suami anda sendiri menjadi semakin pelupa, menjadi
semakin lemah fizikal, menjadi semakin tidak berperasaan belas kasihan?
Atau jika anda seorang suami, pernahkah anda dengar masalah
rakan anda, atau anda sendiri seperti di atas?
Perasaan sayang anda kepada isteri anda yang anda cintai
semakin lama semakin hilang?
Nafsu anda kepada
isteri juga semakin hilang?
Perasaan belas kasihan kepada isteri juga hilang?
Anda juga tidak dapat memberikan nafkah batin kepada isteri
anda dengan sempurna?
KESEMUA TANDA-TANDA DI ATAS MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA
KETAGIHAN SUAMI KEPADA BAHAN LUCAH/PORNOGRAFI.
*bukan semua gejala di atas berpunca daripada ketagihan
bahan lucah/pornografi, tetapi ianya boleh menjadi salah satu kemungkinan yang perlu
diambil berat.
Masalah masyarakat kita adalah, perkara ini selalunya tidak
dibincangkan dengan lebih terperinci.
Yang pertama ditanya biasanya adalah, samada isteri
bercantik-cantik untuk suami? Adakah isteri masak untuk suami? Adakah isteri
menjaga pakaian suami? Adakah isteri memanjakan suami?
Yang kedua, biasanya ditanya tentang komunikasi. Adakah puan
ada berbincang dengan suami? Adakah encik ada bawa berbincang dengan isteri?
Jika jawapan positif tetapi rumahtangga masih bergolak, akan
dititikberatkan lagi tentang komunikasi.
Namun, amat sedikit menitikberatkan masalah pornography ini
sedangkan ianya adalah punca majoriti masalah suami isteri pada zaman ini.
Masalah ini telah lama menjadi punca perceraian di Negara Barat
dan sekarang, Negara kita yang tercinta ini juga semakin mendapat bahangnya kesan daripada ‘INTERNET TANPA SEMPADAN’ DAN ‘SMART PHONE’ yang semakin lama semakin menjadi salah satu keperluan gaya hidup masyarakat kita.
Bahan lucah/pornografi memusnahkan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-nilai
murni dalam jiwa penontonnya.
Masakan seorang manusia boleh melihat isterinya dengan
pandangan kasih sayang jika dia juga melihat keganasan kepada kaum isterinya hanya
untuk perasaan seronok?
Masakan seorang lelaki boleh menghormati dan melindungi
isterinya jika dia sering melihat kaum isterinya dilayan seperti haiwan hanya untuk
berseronok?
Malah, dalam kebanyakan masa, pornografi telah menjadi sebahagian dari hidup harian lelaki, ianya dianggap biasa sesama lelaki untuk mereka tahu masing-masing
menonton bahan lucah/pornografi. Dalam sebahagian komuniti, mereka bahkan saling berkongsi bahan lucah antara mereka.
Apakah mereka ini boleh mendidik seorang anak perempuannya
nanti?
Adakah rakan-rakan yang saling berkongsi keseronokan melihat
kezaliman dan tidak peri kemanusiaan terhadap seorang anak perempuan kepada
seorang lelaki dapat memberikan nasihat yang baik untuk rumahtangga anda?
Baik dan buruk tidak
akan selamanya boleh bersatu di dalam satu bekas.
Jadi, bagaimana ketagihan bahan lucah merbahaya kepada
rumahtangga?
Jika suami anda atau diri anda sendiri menghadapi masalah ini, apa yang anda perlu lakukan?